Penggal kedua persekolahan...

Wednesday, June 15, 2011

Selamat bertemu semula kepada warga pendidik dan murid-murid SKDAH 2. selamat meneruskan perjuangan anda didalam bidang pendidikan untuk mejamin kesejahteraan dimasa depan.
Tahniah diucapkan kepada YM Tn Azizie Tuan Yahya kerana dinaikkan pangkat dari guru penolong ke jawatan Guru Besar di SK Manik Urai Bari, Kuala Krai Kelantan.  Kami semua merasa kehilangan kerana beliau seorang yang suka buat lawak dan sentiasa ada cerita yang dapat dijadikan teladan dari beliau...apapun kami semua mengucapkan selamat bertugas ditempat baru dan belaiau dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.
Pantun untuk beliau....

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

Kalau ada jarum patah
Jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan dalam hati

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita berjumpa lagi....

Terima kasih cikgu...











..
READ MORE - Penggal kedua persekolahan...

Kursus Latihan 1 Malaysia

Tuesday, March 15, 2011


Kursus Latihan 1 Malaysia telah diadakan di Makmal Komputer, SK Dato' Hamid 2 Pasir Mas pada 16 dan 17 Mac 2011 bermula jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Seramai 12 orang peserta telah menghadiri kursus tersebuyang terdiri daripada semua guru yang berminat dan juga peserta-peserta kursus yang terdiri daripada pelajar -pelajar lepasan SPM.

Dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama Kolej Komuniti Pasir Mas.

Tahniah kepada semua dan selamat berkursus.
READ MORE - Kursus Latihan 1 Malaysia

Saturday, February 27, 2010



skdah2 ditubuhkan pada 1.1.2000
READ MORE -